10 Jan 2011

SAFEE SALI ke kelab INDONESIA?



Selain Nor Shahrul Idlan yang dikatakan cuba dipikat oleh Sriwijaya FC dan kelab dari Jawa Tengah , kini Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 , Safee Sali cuba dipancing oleh kelab PSPS Pekan Baru dari Liga Super Indonesia .

Kelab terbabit sekarang ini menduduki tempat ke 7 dalam carta liga dan kini mencari penyerang bagi membantu kelab mereka mencabar kejuaraan liga .

Selain PSPS Pekan Baru, dikhabar kelab berpengaruh di Indonesia , Persija juga dikatakan berminat mahu mendapat Safee Sali . Pengurusan Kelab Persija akan tiba di Kuala Lumpur bagi berunding dengan Selangor FA bagi membeli Safee untuk dibawa ke kelab mereka .

PB selaku peminat bola sepak negara mahu melihat pemain negara ini beraksi dengan kelab di luar negara seperti di Indonesia ini . Sebelum ini kita hanya dengar jurulatih tempatan sahaja menjadi coach di luar negara seperti Moey Yoke Ham ( Geylang FC ) dan Irfan Bakti Abu Salim ( Arema ) , kini sudah tiba masanya pemain negara pula bermain di sana sebagai pemain import.



namun persoalannya....
adakah ini satu tindakan yang wajar?
'sesal kemudian tiada guna'

Tiada ulasan: