12 Jan 2011

Angelina Sah Anak Watie tetapi BUKAN anak luar nikah





Memang agak mengelirukan sekarang gosip ini.. Angelina yang muncul dalam Melodi minggu lepas mengakui yang beliau adalah anak luar nikah seorang artis, tetapi kini kemunculan abang ipar Watie sendiri di manggaonline mengatakan yang budak itu adalah anak halal Watie pula.. Abang ipar watie juga sanggup bersumpah yang Watie memang sudah berkahwin sebelum melahirkan Angelina.. yang mana satu betul pun tidak tahu.. jom kita baca apa kata abang ipar watie ni katakan :

“Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.”
“Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.”
“Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu dengan anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka.”
Tambah abang ipar watie lagi, kemunculan Angelina dalam Melodi adalah bermotifkan wang ringgit.. Sebelum ini ibu angkat Angelina ada menghubungi watie untuk minta bantuan dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.
Watie juga dikatakan telah berjumpa dengan anaknya 2 bulan yang lalu dan berjanji akan membawa pulang dan menjaga Angelina selepas segala urusan kerjanya selesai.. Namun dengan tiba-tiba Angelina muncul dalam Melodi walaupun sudah bersetuju sebelum ini dengan ibu angkat Angelina… Mungkin kerana tindakan watie untuk menjaga Angelina dan bukanya untuk memberi bantuan kewangan menyebabkan mereka menyebarkan kepada media.
watie elite

Tiada ulasan: