30 Dis 2010

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA AGREGAT 4-2


SETELAH KEMARAU SELAMA 14 TAHUN SEJAK 1996

walaupun di fitnah dengan macam - macam perkara oleh skuad indonesia namun kita dapat membuktikan kehebatan pada malam tadi 29/12/12. inilh kali pertama pasukan malaysia memenangi perlawanan ini. pada permainan pertama berlangsungnya di studium bukit jalil kuala lumpur malaysia menang 3-0. yang di jaringkan 2 gol oleh mohd safee penyerang pasukan kita (jersi 10) dan satu gol oleh mohd shari.



INILAH AKSI SKUAD MALAYSIA DI BUKIT JALIL (3-0)


ketika perlawanan permulaan, perlawanan terpaksa dihentikan kerana mendapat tentangan oleh penjaga gol pasukan indonesia (markus) yang membantah bahawa matanya telah disuluh laser hijau ketika perlawanan berlangsung. namun itu hanya kebiasaan dalam permainan bola sepak. kerana isu ini sudah menjadi kebiasaan terhadap pasukan hebat di luar negara dan di anggap sudah anggap 'basi'. kerana sebelum ini pasukan malaysia sudah mengalaminya ketika kalah pada pasukan indonesia diperlawanan yang sudah. 



selepas menang besar di padang sendiri, malaysia mara ke 2nd final yang berlangsung pada 29/12/10 di studium di jakarta indonesia (2-1).


ketika skuad malaysia sampai di lapangan terbang indonesia, pasukan kita melalui pelbagai kesukaran lebih-lebih lagi dari penyokong pasukan indonesia. pelbagai ancaman dan tomahan diterima. malah kita juga difitnah dengan pelbagai cerita yang mengarut. sejak tiba di sana, pasukan malaysia amat menghadapi kesukaran untuk melakukan latihan ini kerana ramai penyokong mereka telah menepung hotel dan menyukarkan skuad kita untuk keluar. hal ini adalah bertujuan untuk melemahkan pasukan kita secara mental.


INILAH AKSI PERLAWANAN DI JAKARTA (2-1)

sepanjang perlawanan ini pasukan malaysia telah di asak hebat oleh pemain lawan dan gol permulaan di jaringka oleh pemain malaysia dan 2 gol lagi oleh pihak lawan.


selesai visel penamat di bunyikan, tamatlah permainan sekaligus malaysia dinobatkan sebagai juara PIALA SUZUKI 2010 dengan agregat 4-2 dan memenangi wang hadiah sebanyak US100,000. ini menamatkan penderitaan malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala ini sejak 1996 dan pasukan ini dipimpin oleh K.Rajagopal selaku pengurus harimau muda malaysia.



TAHNIAH DIUCAPKAN!
MALAYSIA BOLEH..




Tiada ulasan: