29 Dis 2010

29/12/10(8.30++ malam)


malam ini aku ke pasaraya yg berdekatan bersama ibu  untuk membeli barangan keperluan..
baru sahaja aku melangkah tiba-tiba ada seorang jejaka berlalu berhampiran kami dengan tersenyum mesra. perwatakannya nampak mesra, kemas, dan bergaya.  pada mulanya aku ambil tak endah dan teruskan mengambil barang. dalam pada itu, aku ada perasan dimana ada aku,disitu ada dia. hati aku pun tiba-tiba terdetik curiga dan berkata, 'dia skodeng aku ke?'.sengaja atau tidak aku selisih jalan dengannya dan dia menegurku dan menyapa 'hai' dan aku membalas dengan senyuman. masa untuk pulang dan sekali lagi aku melihatnya. dengan muka 'selamba' aku berjalan pantas melangkah keluar dan pulang. sejak itu, hati aku rasa curiga pada jejaka itu. apa yang dia mahukan? kenapa mengekoriku? 
disini bukan bermaksud aku sombong, tetapi bukan senang kita nak percaya pada lelaki sekarang ada juga yang suka ambil kesempatan. ada juga terlintas 'entah-entah dia bapa ayam kot'. huish!! bukan bermakna menuduh, ini cuma prasangka. ya allah..lindungilah hambamu ini dari sebarang malapetaka dan kesusahan. AMIN..

Tiada ulasan: