4 Ogo 2013

Warkah buat teman2~


Assalamulaikum w.t
Salam Ramadhan & Selamat Hari raya buat semua teman yg disayang.
Moga tahun ini adalah tahun yg indah buat kita semua,
buat yg ada di depan mata atau yg berjauhan tu, yg biasa
dengan perangai aku ni mungkin dah faham sikap aku mcm mane.
kalo ade yg tersilap salah kira 0,0 la.
Walaupun aku ni kasar dalam pergaulan, kata2 tapi tu semua
bukan niat dari hati. sahabat yg faham tu, aku ucapkan
terima kasih banyak2. Terima kasih sebab memahami aku.
Utk para pelanggan yg ‘Support’ barangan jualan NOWEISYA,
terima kasih banyak2 dan halalkan segala kekurangan.
manusia takkan lari dari kesilapan walaupun bukan kita yg nak.
Duit yg terlebih atau terkurang HALALkan la ye.
aku cuba buat yg terbaik utk semua para pembeli,
dan servis yg diutamakan. Tapi kadang2 perkara yg tak
dirancang biasa akan berlaku. Maaf, maaf...dan maaf.
Buat teman yg menghilang, aku juga rasa kesal dan minta maaf
dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tapi ni bukan caranya,
cara manusia yg cepat mengalah. Tapi aku kuat, aku percaya kita semua
akan bersua lagi. Allah yg tentukan rezeki kita semua. Bukan sorang,
malah semua orang. Semua yg hilang tanpa pesan. Mungkin aku yg
bersalah,Ya, aku yg bersalah. Maaf...Moga bersua lagi.
Buat keluarga, Saudara dan yg disayang2. Ampun Maaf dipinta,
kelebihan dan kekurang diminta diterima dengan Ikhlas.
Keikhlasan terletak pada iman, walaupun aku jarang jumpa semua ni
termasuk diri aku sendiri. Segalanya datang dari usaha dan ditentukan
oleh Allah. Aku sedar, sedar banyak sangat kesilapan besar yg aku dah
lakukan. Tapi aku lemah, aku tak boleh buat apa2. hinggakan kesilapan
berulang2 kembali.
Akhir kata, aku merayu dan memohon maaf kepada semua atas
kesilapan yg aku lakukan sengaja atau tidak. Jika umurku panjang dan
rezeki itu datang, kita berjumpa lagi. dan aku cuba buat yg terbaik. Misal
kata aku tiada lagi, doakan aku di kalangan org2 yg beriman & HALAL
kan segalanya. Semua org nak yg terbaik, tapi seseorang teman yg terbaik
adalah yg menerima kelebihan dan kekurangan si teman yg lain.
Selamat Hari Raya, Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “OGOS 2013”.

Tiada ulasan: